tanpa nuffnang siapalah para blogger ~

Thursday 16 May 2013

Kisah PRE WEDDING PHOTO SHOOT


Assalamualaikum dan selamat tengah hari !aceceh ~ da macam penceramah bebas la pulak kan !todays special sikit walau pun tadi pagi erin rasa sangat marah sebab lambat !kesesakan teruk berlaku hanya disebabkan 2 buah kereta yang rosak park tepi jalan .for the first memang rasa nak marah tapi still cover sebab mama selalu pesan .pagi-pagi tak baik marah2 o tension2 nanti cepat tua ,rezeki susah nak masuk .so untuk keterpaksaaan punye cerita !buat2 senyum dalam kereta sorang2 sambil cakap sorang2 . “taka pa !kereta to rosak .kesian that guys !nak g kerja .kete rosak !siapa sangka kereta dia akan rosakkan !think positive erindira norman” oyeahh !kata2 semangat untuk diri sendiri .sampai je simpang nak masuk area office 1 kereta exora yang agak hampeh !horn !?konon erin yang salah sebab haling laluan dia .dia to yang salah sebab tak tengok .mood senyum bertukar kepada marah kembali ~ oichh !jangan marah erin .sekali lagi bersketsa di dalam kereta walaupun da 6 minit lewat .haishh ! sabar je la .

Oke !cerita agak lari dari tajuk .actually erin nak story bout someone special yang erin meet !opss meet ke ?nope nope ~ chat only at my FB account mengenai Pre Wedding Photoshoot .oke !perancangan erin yang sebenarnya nak buat simple Pre Wedding actually .hanya dalam studio snap hanya beberapa gambar !malam tadi 16hb Mei 2013 (Khamis) malam jumaat .maybe allah memberikan erin hidayah dan petunjuk hantarkan “uncle kamal” pada erin untuk uncle kamal sendiri yang assist we all untuk Pre Wedding Photoshoot untuk kali ini .something special ialah !uncle kamal letakkan harga yang berpatutan untuk pre wedding erin .bukan dalam studio tapi outdoor .the best place is “putrajaya” ! oichh ~ awesome right .tempat da best da !uncle akan assist we all selama setangah hari untuk 2 atau 3 persalinan sendiri .uncle cakap !dye punya harga pakej snap + edit + burn + 2 video selama 2 – 3 minit (lagu pilih sendiri) .ouhh ~ sangat teruja dengan pakej yang uncle suggestkan .uncle siap cakap !kalau nak MUA sekali ,nanti uncle tolong carikan kalau boleh .opss !omg omg omg ! sangat teruja .gile2 .thnx u so much uncle ~ mule2 tertanya2 juga .apalah MUA to .rupe2nya !MAKE UP ARTIST .ouhh !ternyata erin terlalu kuno .uncle kamal sangat sporting !

So now erin da pon bincang dengan my fiencee !dia pon setuju dengan pakej yang uncle kamal berikan .so mybe disz month kami settlekan dulu pre wedding nie sebab na buat sticker .

Uncle kamal ada editkan we all 1 gambar .cantik ~ thnx uncle kamal .



**TERIMA KASIH YAALLAH kerana pertemukan uncle kamal dengan kami .

Wednesday 8 May 2013

JOM MENGUNDI


Assalamualaikum ,hai all .today special sikit .hati mebara2 nak story about “MENGUNDI”  .sgt seronok bila dapat mengundi .tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna .aceceh ! melebih pulak cekerinpeliks nie .nak dijadikan cerita ,erin nie jadi sedikit teruja sebab first time mengundi .thats y la rasa macam gayat sikit !kebetulan time erin mengundi to .erin pergi sekali dengan mama ,ayah ,kak ita .pergi beramai2 memang seronok ,rasa debaran nak mengundi to semakin menjadi2 .sebab ape boleh jadi excited sangat ?sebab erin nak sangat dakwat kekal berada di jari telunjuk erin yang comel nie .ahahahahx !gedikss ouhh ko cekerin ~ nie semua sebab staf2 dekat office .dia orang semua cerita pasal dakwat kekal n macam mana cara mengundi !so erin pon excited lah .

cekerinpeliks mengundi with mama sayang
yang over to kak ita erin ~ hahahahx

Nak dijadikan cerita nie panjang sikit ,erin dapat tahu erin boleh mengundi 4 hari sebelum tarikh 05.05.2013 . (ahad) ,ura-ura mengatakan PRU13 kali nie sangat panas .banyak cabaran dalam politik untuk mendapatkan undi .yang erin tahu hanyalah nama2 parti .kenapa dan mengapa parti ditubuhkan .siapa pengasas dan untuk apa ia diasaskan memang 1 apa pun erin tak pernah tahu .yang erin tahu dan tengok berita .banyak konstreversi yang melibatkan PKR .yang lain2 to allahualam ~
Dah-dah tak mou story lagi .erin nak tunjuk gambar erin dan mama g mengundi .gambar ayah tak sempat nak snap sebab ayah dengan kawan2 dia .so memang tak kan dapatlah kan nak bergambar dengan ayah kalau si ayah dah jumpa kawan2 dia ~ sebelum pergi mengundi erin dan family pergi kenduri kahwin dulu .thats y la we all berbaju kurung .aceceh ~ ayu gitu .perut kenyang suka hati baru boleh pilih calon untuk mengundi ~ auwww

 ini lah majlis yang erin makan kekenyang dengan family baru mengundi
cantikkan?semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa 
in shaa allah 

interframe sekali lagi
nak tunjukkan dakwat kekal di jari ~ 

erin nak sertakan sekali lirik lagu kegemaran erin time mengundi nie

Lirik Lagu Jom Mengundi - Black, Tomok, Shiha, Ayu

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita

Jom kita keluar mengundi
Tentukan siapa pemimpin kita
Pangkahlah calon berjiwa waja
Supaya negara bebas berdikari
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita keluar mengundi
Kalau tidak kita yang rugi
Mandat diberi kepada yang berwibawa
Memacu negara kearah jaya

Oh.. Jom kita keluar mengundi
Generasi muda ayuhlah pergi
Masa depan ditangan kita
Peluang ini jangan disia
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Lagu : Tomok
Lirik : Dato Mohd Ashraf Abdullah
Tomok, Black, Ayu dan Shiha

PUBLISH
by : cekerinpeliks

Thursday 2 May 2013

Taman Botani Shah Alam

Assalamualaikum ,erin nak cerita banyak pun tak tahu nak cakap .actually we all dah plan benda nie 1 bulan lepas .nak picnic dekat "Taman Botani Shah Alam" .idea nie semua bermula dari Abe Masrul kite !sibuk sangat .Labour Day ajak 1 office g sana ~ so we all pun dengan penuh perasaan semangat plan nak buat apa .nak bawa sapa & nak ajak sapa .so now hari yang di tunggu-tunggu makin tiba .seronok sangat bila semua nya sibuk bercerita & search internet amek point2 yang best before pergi .sebelum pergi !ahad (28.04.2013) erin ,kak syikin n mechik da plan nak buat kek .perghh ~ memang excited sebab first time nak belajar kek sedap hasil idea kak syikin sebagai chef .kami anak2 nie mulalah belajar sedikit demi sedikit .pukul 10.30 pagi dah siap ~ nak otw g umah kak syikin !excited semata-mata nak buat kek .pukul 11pagi erin dah sampai rumah kak syikin dihantar oleh ayah dan adek kesayangan !tunggu punya tungu mechik tak sampai2 !call then tibe2 dengar suara orang menangis .rupanya mechik da lama sampai semenyih cuma tak jumpa jalan .kebetulan kredit mechik habis .lagilah mechik kelam kabut & terus menangis .erin dan kak syikin apa lagi !kelam kabut start kereta dan terus cari mechik then jumpa .kesian mechik .mata sampai merah2 ,tak biasa maybe btw mechik sangat cute bile nangis ~ auwww

sampai je umah kak syikin ,kami un sibuk la menyediakan bahan2 untuk buat 3 jenis kek seperti yang dirancang .stawberi kek ,coklat kek & orange kek .kek yang pertama we all buat ialah stawberi kek !sangat menjadi gebu dan comel !lagilah semangat sampai melompat.

Nak buat kek yang lain2 nya .kek yang sangat erin tunggu2 ialah coklat kek ~ omg sangat tak sabar nak tunggu kek tu siap !sementara we all buat kek .kak syikin sibuk memasak .apa lagi ~ riuh rendah rumah kak syikin bila masing2 menjerit kek da siap .husband kak syikin menjerit dari ruang tamu “meh sini .nak rasa !” ouhh !sungguh tak sabar nak bagi bos rasa .bos cakap sedapp ~ auww bangga sebentar .lepas selesai masak kek .tunggu encik tunang datang bawa KFC untuk anak kak syikin si Mia .dia sangat suka pada “ATOK KFC” hahahaha .dah makan kenyang !we all pun bersiap untuk ke tesco untuk beli barang2 buat BBQ .macam2 kerenak si kecil mia .seronok rasanya ~

CONTINUE FOR THE NEXT DAY


Assalamualaikum ,macam biasa !topik kali nie memang sangat2 memberi inspirasi dan semangat untuk erin kembali aktif seperti sebelumnya .01.05.2013 (rabu) jatuh pada hari pekerja .sambungan dari cerita yang diatas .kebetulan !we all ,warga TMSB dah plan awal2 nak g berkelah tapi location tak pasti dekat mana lah kan ~ uolls teka la we all g mana?macam pelik je kan !dah sah sah kat header to ada title punya besar erin create ~ haishh ini olangg !nak dijadikan cerita .erin memang da sangat lama tak pergi Bukit Cahaya Shah Alam .dulu dikenali dengan nama Bukit Cerakah ,terletak di seksyen 7 ke 8 Shah Alam !maklumlah dah berumur nie .lupe pulak mana seksyen we all pergi .

Dimulakan dengan pagi yang indah ,erin dengan semangatnya bangun seawal 6.30 pagi untuk siapkan barang2 dan apa keperluan yang perlu dibawa .kebetulan erin dah masak dadih awal2 malam tadi then tinggal ambil bekas and packing ~ dah siap semua .erin terus kejutkan encik tunang sebab encik tunang pun akan ikut setiap penjuru yang erin pergi .dah selesai kejutkan encik tunang .erin pun bersiap dan tunggu encik tunang sampai and we all gerak sama ke tempat yang dipersetujui untuk berkumpul .TMSB !YEAHH ~ tempat kerja kesayangan .sampai je depan TMSB .erin dah nampak kereta kak syikin ,bahar & luqman .abg masrul & sahabat tumpang kereta bahar .sambil menunggu penantian kak farah dan kak ainie yang masih lagi belum sampai .janji melayu 8 pagi sharp !semua berkumpul 9 pagi dan terus gerak meneruskan perjalanan ~ kak mas dan family tunggu we all dekat sana je .then taraaaa .otw ~


Sampai je disana !benda first yang kite orang buat .angkat barang2 untuk BBQ macam nak berkelah dekat pantai .malu kott angkat barang yang lain tengok je sebab barang we all .lebih banyak dari biase ~ haishhh !bile semua dah berkumpul .erin dan yang lain memulakan sesi pengambaran .aceceh !syokkk ouhh .lepas snap snap ! we all g beli tiket untuk masuk .macam biase tiket untuk dewasa RM3 dan kanak2 RM1 .murahkan ?lepas dah masuk .we all kene beratur tunggu bas !lame kot .we all dapat trip ke 3 untuk naik bas .jangan cakap lah kan .penuh warga TMSB je .7 kereta kot yang follow .bile dah naik bas .gayat ~ menjerit2 tak sabar nak g location yang we all pilih “rumah 4 musim“ .then sampai je we all letak barang dan terus sebat makanan sebab dah lapar sangat kan ?BBQ time ~ kanak2 sibuk berlari g taman permainan berdekatan .seronok tengok gelagat mereka .





Bbq berganti2 sebab group kali nie ramai lelaki so para hero lah sibuk memanggang dan para gadis sibuk makan ~ nyummm !udang besar2 .ayam ,ikan ,hotdog ~ perfect !kenyang alhamdulilah .location we all berhadapan dengan tasik yang menenangkan .

Kawasan Bukit Cahaya Shah Alam niesangat sesuai untuk beriadah .berbasikal ,berkayak ,flying fox, ada taman haiwan ,sawah padi dan macam2 lagi .nak tahu lebih lanjut korang search sendiri tempat yang we all pergi nie bukit cahaya shah alam .
















Wednesday 24 April 2013

DREAM WEDDING

Assalamualaikum ,dalam diam .mulalah hati tergedik2 nak search tema for wedding .yaallah !gatalnya ini erin .baru je tunang cekerin oii .sudah gatal meh?masa kerja ,curi masa sekejap .mata ligat menerjah laman web “google” search wedding theme .perghh ~ sangat shantik ouhh .mata tertumpu pada gambar pengantin berbaju merah !yaallah ~ gogeouse gile ini olang !ditambah dengan aura merah yang melekat di badan pengantin .actually erin sangat obsess pada color “toirquise” awesome gile color dia ~ tibe2 terfikir nak search “toiquise ,red and white theme for wedding” oyehh !got it .senyum lebar sampai ke telinga .tak tahu nak cakap macam mana .sangat cantik da mata kecil erin nie .dah tak nak pikir apa lagi !terus call encik tunang .dengan nada yang lembut .”sayang sihat?nak minta pendapat boleh?auwww ~ “kalau tema wedding kita turquoise ,red and white?” encik tunang blur sebentar .”ikut sayang la .nanti tunjuk gambar kat bie ea?” melonjak kegembiraan .yeahhh ~

Dengan hati yang berbunga2 terpesona dengan kecantikan ini tema .terus menusuk ke otak !meh erin kasi tunjuk sikit cantik o x?

 teruja dengan kek nie !muffin yang comel plus cantik cantikkk
 awsome kan gabungan 3 warna nie ?

Bila da teruja .erin pun search lagi lagi dan lagi then terfikir nak search doorgift ?then search dapat idea yang sangat bernas dan comel yang penting sangat saving ~ yg penting harga tak mahal sangat dan berbaloi2 .paper bag da terfikir nak buat macam mana tapi barang2 dalam paper bag to tak terfikir lagi nak letak apa ^,^ tengah sibuk nak mencungkil idea la nie .jom usha sikit impian murni cekerin nie .


see ?!cantikkan ?simple but cute gile ~ thnx pada sesiapa yang memberi ilham pada erin untuk buat semua nie !rasa tak sabar nak sediakan semua yang menarik nie .

lepas nie nak search baju nikah macam yang model2 nie pakai simple but gogeouse ~
yallah ~ banyak nya impian yang mengujakan !tak sempat da nak story nie .
nanti erin story lagi ya ~ erin mengundur diri dulu .assalamualaikum ^*^

Monday 15 April 2013

Majlis Pertunangan cekerinpeliks with Encik Tunang


Assalamualaikum ,yaallah .berdebar2 saat erin mula menaip entri untuk kali nie !yaallah ,hanya allah je yang tahu macam mana perasaan erin saat  nie .gembira ,suka dll .seronokn sangat rasanya bila bakal dinobatkan sebagai bakal tunangan orang .yaallah !impian semua wanita di dalam dunia nie kan?macam to lah juga impian erin .sangat seronok bila semuanya dirancang dan berjalan dengan sempurna ,alhamdulilah .nak ulas sikit sangat2 erin mula kenal itu pak cik .kelakar tapi inilah hakikatnya ,dari kepada perkenalan yang singkat di my space ,di naiktaraf kepada adek dan kakak angkat !then first time jumpe at Lot 10 with Abg Paliey ditemani my adek angkat iaitu adek shah yang kini bergelar kekasih .haishh ~ gedik la .

Nak dijadikan cerita ,bermulalah kisah cinta kami saat 27.01.2009 dan berakhir sehingga kini .14.04.2013 erin dinaikkan pangkat menjadi si tunang kepada encik tunang. Perasaan erin kali nie bercampur baur taw .entri nie erin da taip lama da actually ,tapi malu nak publish .semalam semuanya berjalan lancar !alhamdulilah so today erin publish .bersyukur ke hadrat ilahi kerana mempermudahkan segalanya .

Erin anak sulung dari 3 orang adik beradik ,encik tunang juga anak sulung so kami sama2 baru untuk membuat persiapan yang besar ini .majlis dijalankan dengan penuh adat ,kemeriahan dan pagi ahad majlis dimulakan dengan majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran untuk adek erin yang akan pergi ke India pada bulan 8 nanti untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang medic selama 5 tahun .adek perempuan erin pula mendapat 5A dalam SPM .alhamdulilah ,mereka semua sudah Berjaya .

Majlis dimulakan dengan serba sederhana tapi meriah .sampai orang yang datang semua Tanya mana pengantin sedangan erin hanya tunang ,haiyaa !ramai orang cakap .baju yang erin pakai macam nak kawin .siap dengan pelamin ,khemah dan karaoke .itu semua idea mama & ayah oke .erin dan encik tunang agak terkejut dengan jumlah tetamu yang datang .yaallah ,gamat sampai parking tak cukup .bajet yang dibuat hanya 500 dan kebawah .tak sangka pulak yang datang lebih dari 650 tetamu .sampai dadih yang erin dan yang lain buat untuk tetamu tak cukup ,kesian dia orang .

Alhamdulilah ,majlis berjalan seperti yang diharapkan .akhirnya ERINDIRA BINTI NORMAN sah ditunangkan bersama SYED SHARUL AFFANDI SYED HAMZAH .terima kasih yaallah ~ kerana kau permudahkan segalanya .terima kasih pada tetamu yang hadir dan jutaan maaf dari erin sekeluarga pada yang tidak diundang .erin buat majlis tak besar so tak ramai yang erin jemput .tolong doakan ikatan kami kekal “sehingga ke akhir hayat” .in shaa allah ..


ini mak cik cantik ,mak long saya Eleena Lee .Cina Muslim .seronok sangat bila dia dapat datang sama
erin sangat sayang si kecil nie ,cipah .love her with my adek 
my best pwenz Haja 
ini sahabat dunia akhirat ,dia yang terbaik Yunita Herman
So majlis resepsi dimeriahkan lagi dengan kedatangan para sahabat tersayang
yallah ,saat duduk atas mini pelamin nie .jantung rasa nak jatuh
kemeriahan mereka menyakat cekerin ,layankan aje lah kan
oke !encik tunang tibe2 marah sebab erin perli dye .cute kan dye ~
selepas selesai di make up oleh mak andam yang duduk di belakang kerusi sana .thx kakak !sangat memuaskan 
menunggu tetamu dari pihak lelaki
snap snap with Encik Tunang
sedang dimake up oleh si kakak cantik
mini pelamin yang dihiasi sport light yang boleh bertukar warna .thnx zulfadly
mak cik saya ,puan ruzita
saya sayang Puan Hamidah ,mama saya okeng ~
sebelum sesi di rias ~
selepas siap di make up ~ mule la nak mengewdix kan
hasil kerja tangan mak andam
mak andam nak amek pix ,katanya untuk kenangan
my hantaran buatan sendiri okeng 
taraa ~ dup dap dup dap
saya sayang mereka
mak long n ayien 
hadiah dari makteh sekeluarga ~
ayah masuk bilik tanya pasal bile si lelaki mau sampai ,snap dulu ye ayah ~
layankan aja ~
mek alyn sayang sangat banyak cakap .
dia juga sahabat saya
majlis bacaan doa sebelum bergelar tunangan orang
majlis dimulakan dengan lafaz bismillah
bakal mak mertua menyarungkan cincin di jari manisku ~ cewahhh
cincin tunang disarungkan ~
salam ~ ambil berkat. saya sayang aunty .love u 
ops !candid rasenye nie
mereka si cilik yang membuatkan erin tak kering gusi bila di atas pelamin
alyn punya angkara ~
semua orang suruh duduk ~ erin duduk je la .
posing with mereka ~
my adek sygg yang banyak membantu ~ love u
berjenaka bersama mereka
posing dekat kek secret recipe to ~ geram je ! hahahahx
ini barisan camera women saya 
hantaran pihak perempuan dan pihak lelaki pabila digabungkan
bergambar bersama kedua family tanpa Encik Tunang sebab sibuk sgt kareoke kat luar rumah
saya sayang mereka ,adek2 kesayangan saya
mak lang dari melaka yang banyak membantu 
bergambar kenangan sebelum family uncle n aunty berangkat pulang
candid ~
tengah panas ~ haishhhh
Encik Tunang 
candid picture dari my photographer

ape kes Encik Tunang aku nie ~ atoiiii


oke ~ sebelah saya .adek kepada encik tunang .pasangan di depan adek encik tunang dan kekasih hati
mereka cousin yang paling saya sayang
with pipit ~ dye sangat comel

rush di tengah di apit oleh sang gadis
seronok bile para staf TMSB turut hadir sama 
ini kakak kesayangan saya
yap slay with karseen
hantaran pihak perempuan
ops ~ dup dap dup dap
END OF THE STORY

alhamdulilah ,majlis erin berjalan dengan meriah dan lancarnya 
ramai sangat orang yang sponsored masa majlis pertunangan erin berlangsung
thnx kepada semua yang banyak membantu 

14.04.2013 sangat berharga dalam hidup erin .Thnx Encik Tunang

PUBLISH